|
Kami pengilang dan pembekal berbagai jenis barangan,
sama ada yang digunakan dalam masakan, atau digunakan terus keatas
makanan untuk meningkatkan rasa.
Di antara barangan dari kilang kami ialah sos
cili, sos tomato dan kicap. Banyak lagi barangan kami selain ini,
termasuk sos nenas, lada hitam, tiram dan sebagainya.
Kami telah berada dalam pasaran selama 24 tahun, dan
perusahaan kami telah berkembang dari perusahaan dirumah yang kecil
kepada sebuah kilang besar yang lengkap dengan peralatan otomatik. Ini
adalah bukti penerimaan barangan kami oleh pasaran.
|
|
Dengan adanya kapasiti kilang yang luas, kami kini mampu membekalkan
secukupnya barangan untuk diedarkan diseluruh Malaysia. Dan sekarang,
produk-produk kami boleh didapati dari TESCO,MYDIN and CARREFOUR
berhampiran anda.
Dan ini juga membuka peluang kepada mana-mana
perniagaan dalam sektor pengedaran untuk mempelbagaikan produk mereka.
Kami sedang mencari pengedar baru di seluruh Malaysia
untuk produk-produk sos kami. Sekiranya anda berminat, sila ,
dan beritahu kami tentang perniagaan sedia ada dan pasaran anda. |