Bahan-bahan

  • 12 keping kepak ayam (kalau besar kerat dua), cuci bersih dan toskan
    2 camca besar minyak masak
  • 3 ulas bawang putih, dititik dengan kulit2nya, tak payah kupas
  • 1 camca besar cincangan halia
  • 1 camca besar sos ikan
  • 1 camca besar kicap MH Mohd
  • 1 camca besar sos cili MH Mohd
  • 7 – 8 camca besar madu

 

Cara Penyediaan

Langkah 1:

Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia dan kepak ayam, gaul rata dan masak dengan api sederhana selama 5 – 6 minit.

Langkah 2:

Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap dan tutup kuali.

Langkah 3:

Kacau sekali sekala hingga kepak ayam kelihatan bersalut, masak kurang lebih 15 minit.

Langkah 4:

Biar hingga pekat dan warnanya bertukar perang keemasan.

Langkah 5:

Angkat dan hidangkan…

Source: http://www.food.com/recipe/linguine-pescatore-4009