Bahan-bahan

500 g daging batang pinang
400 g ubi kentang, dikiub 2 cm (kurang lebih 4 biji, boleh kurangkan kalau suka)
4 camca besar tepung gandum
4 camca besar margerine (aku guna planta)
3 camca besar minyak masak
1 camca teh lada hitam biji, ditumbuk halus
4 cm kulit kayu manis
Garam dan gula secukup rasa
Kacang pis, untuk hiasan
BAHAN KUAH 🙂
200 ml air (lebih kan sikit)
120 ml sos tomato
2 camca besar cili kisar
1 camca besar tomato puree
1 kiub stok daging (aku xletak pun,sbb xde kat peti ais..hehee)
sedikit kicap pekat tuk bg kaler gelap skit (aku tambah sendiri, maaf CMGderhaka resepi skit:-)BAHAN DIKISAR 🙂
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara Penyediaan

Langkah 1:

Daging dipotong kiub, cuci bersih, toskan dan lap dengan paper towel hingga kering. Gaul daging tadi bersama tepung, lada hitam tumbuk dan garam. Perap 30 minit dalam peti sejuk.

Langkah 2:

Dalam kuali, panaskan minyak + margerine hingga cair. Goreng daging tadi hingga perang. Angkat dan ketepikan. Dalam kuali yang sama, masukkan kayu manis dan bahan kisar, tumis hingga harum. Masukkan kentang dan kacau rata. Tuang air dan masak hingga kentang 1/2 empuk.

Langkah 3:

Masukkan daging dan semua bahan2 kuah. Kacau rata dan tutup kuali dan masak dengan api perlahan hingga kentang empuk (tambah sedikit lagi air jika perlu). Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Biar pekat sedikit, rasa dan jika ok boleh matikan api.

Langkah 4:

Hidangkan dengan menabur kacang pis sebagai hiasan. Sedap dimakan bersama roti dan nasi…Selamat mencuba untuk semua!!!