Bahan-bahan

  • 3-4 batang terung yg pendek-pendek tuh! – belah 2 atau serong
  • *10-15 biji cili padi
  • *1 btg cili merah – klu ade cili kisar bleh juga
  • * 4 biji bawang merah
  • * 2 ulas bawang putih
  • * 1 sudu makan ikan bilis
  • 3 sudu makan kicap manis MH Mohd
  • jus limau kasturi@air asam jawa
  • segenggam ikan bilis goreng
  • segenggam bawang goreng
  • garam – jika perlu

 

Cara Penyediaan

Langkah 1:

Goreng terung hingga masak. Ketepikan.

Langkah 2:

Tumbuk kasar atau blend tanpa air bahan2 yg bertanda *.

Langkah 3:

Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk hingga agak garing.

Langkah 4:

Masukkan kicap manis dan juga jus limau dan gaul rata. Tambah garam jika perlu.

Langkah 5:

Masukkan terung dan separuh daripada ikan bilis goreng. Kacau dan tutup api.

Langkah 6:

Angkat dan hidangkan. Taburkan bwg goreng dan baki ikan bilis goreng tadi.

Source: http://www.food.com/recipe/linguine-pescatore-4009