Bahan-bahan

  • 500 gram udang saiz besar – digunting sesungut, belah belakang dan cuci bersih
  • secubit garam
  • sedikit serbuk kunyit
  • 15 tangkai cili kering dikisar
  • 5 biji bawang merah dikisar
  • 1 ulas bawang putih kisar
  • sos tomato secukupnya – saya tak sukat
  • sedikit sos cili MH Mohd – bagi pedas1/2 sudu kecil pati asam jawa adabi
  • 1 sudu kecil serbuk cukup rasa
  • sedikit garam dan gula

 

Cara Penyediaan

Langkah 1:

Lumurkan udang bersama garam dan serbuk kunyit, ketepikan

Langkah 2:

Panaskan minyak dan goreng udang tadi sekadar kulitnya bertukar warna. Angkat dan toskan minyaknya.

Langkah 3:

Dengan lebihan minyak tadi (kalau banyak sila kurangkan), tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau.

Langkah 4:

Masukkan sos tomato, sos cili dan asam jawa. Kacau sebati.

Langkah 5:

Masukkan serbuk cukup rasa Knorr, kacau lagi. Rasakan masin dan manisnya barulah masukkan udang yang telah digoreng tadi.

Langkah 6:

Gaulkan udang dengan bahan-bahan tumis tadi hingga mesra dan siap untuk dihidangkan.