Bahan-bahan

  • 1/2 kg udang basah (dibersihkan)
  • 2-3 sb cili kering kisar
  • 5 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 1/2 inci lengkuas (dikisar)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 3 sb sos cili
  • 1 sb sos tomato
  • 1 sudu makan kicap masin/manis
  • 1 sb sos tiram
  • garam dan gula secukupnya
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 1 biji cili merah (dihiris)

 

Cara Penyediaan

Langkah 1:

Tumiskan bahan2 kisar dan serai sehingga terbit bau. Masukkan sos tiram, sos cili, kicap dan sos tomato. Tambahkan sedikit air dan kacau perlahan.

Langkah 2:

Masukkan udang, bawang besar, cili merah dan sedikit air. Kacau rata-rata.

Langkah 3:

Perasakan dgn garam dan gula secukupnya.

Langkah 4:

Siap untuk dihidangkan.