Pihak pengurusan amat menitikberatkan segala perjalanan syarikat. Oleh itu, bagi memudahkan bahagian pentadbiran memantau segala urusan, maka beberapa bahagian telah diwujudkan dalam kilang tersebut.

Kilang ini telah dibahagikan kepada enam bahagian kecil iaitu penyimpanan produk siap, penyimpanan bahan pembungkusan, kawasan pengeluaran dan pembungkusan, tempat penyimpanan produk bahan mentah, dapur dan juga pejabat.

Tempat pemyimpanan barang siap berfungsi sebagai untuk meletakkan dan meyimpan segala produk siap yang telah diambil dari tempat pembungkusan. Semua produk ini akan disimpan sebelum diedarkan kepada pelanggan. Produk ini akan diselia dan diperiksa dari masa ke semasa untuk memastikan produk ini berada dalam keadaan baik dan elok.

Bahagian penyimpanan barang pembungkusan pula berfungsi sebagai tempat simpanan segala bahan dan barang yang berkaitan dengan pembungkusan seperti label, kotak, penutup botol dan sebagainya. Bahagian ini berdekatan dengan bahagian pengeluaran dan pembungkusan, bagi menjimatkan masa.

Bahagian seterusnya adalah bahagian pengeluaran dan pembungkusan. Di bahagian ini, segala aktiviti seperti pelabelan pada botol, pengisian produk, capseal, tanda tarikh luput dan pembungkusan dilakukan.

Bahagian penyimpanan bahan mentah pula berada di sebelah bahagian dapur bagi memudahkan perjalanan aktiviti memasak sos atau kicap. Semua bahan mentah seperti karamel, cili kering, gula, bawang dan sebagainya di simpan disini. Malahan bahan mentah ini akan diperiksa pada setiap hari bagi memastikan bahawa stok bahan mentah yang ada mencukupi.

Manakala bahagian dapur pula merupakan tempat untuk aktiviti memasak dan tempat penyukatan kuantiti bahan mentah yang perlu digunakan pada setiap produk yang dihasilkan.

Bahagian pejabat pula, di pantau oleh pemilik syarikat sendiri dan segala aktiviti pentadbiran syarikat akan diuruskan oleh pekerja bawahan.