Dalam sesebuah organisasi, matlamat dan hala tuju syarikat adalah amat penting bagi menggerakkan jentera pentadbiran.

Antara halatuju syarikat ialah:

1) Memimpin, melatih, mengembangkan dan memupuk sifat dedikasi serta komitmen dalam diri pekerja supaya bekerja sebagai sebuah keluarga.
2) Menghasilkan produk yang bermutu tinggi dengan kawalan mutu yang terkawal.
3) Membekalkan produk yang bermutu kepada pengguna.
4) Melengkapkan diri menghadapi cabaran dan saingan dengan membuat penemuan dan idea-idea yang baru seiring dengan teknologi masa kini.