Struktur organisasi MH Mohd Industries merupakan struktur jenis fungsian. MH Mohd Industries diketuai oleh seorang Pengarah Urusan dan dibantu oleh seorang Pengurus Besar. Syarikat ini telah dipecahkan kepada 4 bahagian kecil seperti bahagian penyimpanan/ stor seperti produk siap, bahan mentah, dan bahan pembungkusan serta bahagian pengeluaran iaitu seperti bahagian proses, kawalan mutu dan penyelenggaraan yang diselia oleh penyelia kilang. Manakala bahagian pemasaran pula diuruskan oleh penyelia jualan dan bahagian pentadbiran iaitu menguruskan soal kewangan, logistik dan sumber manusia yang ditadbir oleh pembantu tadbir dan kerani am.