MH Mohd Industries Sdn Bhd menjalankan perniagaan utama dalam aktiviti pemprosesan sos dan kicap. Namun setelah jenama MH Mohd dikenali dan mendapat tempat dalam pasaran, hasil pengeluaran syarikat telah dipelbagaikan. Produk seperti sos cili, sos tomato dan kicap masih dikekalkan dan tambahan produk yang dibuat adalah seperti sos nenas pedas, cuka buatan, sos pencicah buah dan sebagainya. Meskipun telah banyak mengeluarkan produk, syarikat telah mengutamakan penghasilan produk kicap kerana lebih menjadi pilihan pengguna.