Udang Masak Masam Manis

[vc_row css=”.vc_custom_1474288085355{padding-bottom: 20px !important;}”][vc_column][vc_column_text]

Bahan-bahan

➡️ 500 gram udang saiz besar – digunting sesungut, belah belakang dan cuci bersih

➡️ Secubit garam

➡️ Sedikit serbuk kunyit

➡️ 15 tangkai cili kering dikisar

➡️ 5 biji bawang merah dikisar

➡️ 1 ulas bawang putih kisar

➡️ Sos tomato secukupnya – saya tak sukat

➡️ Sedikit sos cili MH Mohd – bagi pedas1/2 sudu kecil pati asam jawa adabi

➡️ 1 sudu kecil serbuk cukup rasa

➡️ Sedikit garam dan gula

 

Cara Penyediaan

Langkah 1:

Lumurkan udang bersama garam dan serbuk kunyit, ketepikan

Langkah 2:

Panaskan minyak dan goreng udang tadi sekadar kulitnya bertukar warna. Angkat dan toskan minyaknya.

Langkah 3:

Dengan lebihan minyak tadi (kalau banyak sila kurangkan), tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau.

Langkah 4:

Masukkan sos tomato, sos cili dan asam jawa. Kacau sebati.

Langkah 5:

Masukkan serbuk cukup rasa Knorr, kacau lagi. Rasakan masin dan manisnya barulah masukkan udang yang telah digoreng tadi.

Langkah 6:

Gaulkan udang dengan bahan-bahan tumis tadi hingga mesra dan siap untuk dihidangkan.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]